Projek Kurus Malaya: May 2016

Monday, May 9, 2016

Resepi Sup Kurus Paling Mudah

Ini adalah resepi yang paling mudah pernah saya dapat untuk masak sup kurus. Apa itu sup kurus? Sup kurus ini adalah sup pembakar kalori yang sangat sesuai untuk mereka sedang dalam proses untuk turunkan berat.

Kenapa bakar kalori? Kerana untuk kurus kita ada 2 pilihan: kurangkan kalori yang kita makan, atau bakar kalori yang kita telah simpan dalam bentuk lemak.

Biasanya kita bakar kalori dengan bersenam, tetapi kali ini, makan pun kita boleh bakar kalori!

Sup ini penuh dengan sayur. Jadi, boleh kita kata ianya adalah sup sayur. Jadi kepada mereka yang tidak makan sayur, jangan takut, ianya enak!

Berikut adalah bahan-bahan Resepi Asas Sup Kurus :


  • 3-6 biji bawang besar Bombay
  • 6 biji tomato segar
  • 1 biji bunga kobis
  • 2 biji lada Capsicum hijau
  • Air



Cara Penyediaan :

Potong sayur-sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus hingga 10 minit atau sampai empuk. Siap!

Jika mahu resepi yang lebih meriah, boleh ikuti resepi asal yang menjadi inspirasi resepi sup kurus ini. Resepi asal adalah seperti yang disediakan oleh Dr Michael Tierra:

Bahan-bahan :


  • 6 upas bawang besar
  • Beberapa biji tomato
  • Sebiji kobis
  • 2 biji lada hijau
  • Daun selery
  • Rosemary dan tarragon untuk penambah rasa
  • Cendawan Shitake
  • Lada hitam
  • 2,3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci seaweed kombu
  • Sayur buillon


Cara Penyediaan :

Potong sayur-sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus hingga 10 minit atau sampai empuk

Siap!

-----------------

Seluar anda semakin ketat dan tidak muat?



Saya Dulu Pun Senasib Dengan Anda

Berat badan saya pernah mencecah 128KG.Sangat berat dan sangat banyak masalah saya pernah hadapi.Cepat penat dan cepat letih adalah antara masalah utama saya.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun berpenat lelah mengkaji dan mencuba sendiri, rupa-rupanya ada formula ajaib untuk kuruskan badan.

Maklumat ini berdasarkan nasihat pakar sebenar dari Amerika, Malaysia dan melalui pengalaman saya sendiri!

Boleh saya katakan... Ianya adalah teknik kuruskan badan yang sebenar.

Klik Sini Untuk Sambung Baca -->